Emirates menandatangani MoC dengan Lembaga Pelancongan Malaysia

Emirates, Tourism Malaysia berkolaborasi

NANCY Shukri (tengah) dan Sheikh Ahmed Saeed Al Maktoum (dua kanan) menyaksikan majlis menandatangani memorandum kolaborasi antara Emirates dan Tourism Malaysia di Dubai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan antarabangsa, Emirates, menandatangani memorandum kolaborasi (MoC) dengan Lembaga Pelancongan Malaysia di Arabian Travel Market 2022 yang telah dijalankan di Dubai.

Menurut Emirates, kerjasama itu untuk mempromosikan industri pelancongan serta meningkatkan sasaran kemasukan pelancong dan pengunjung luar ke Malaysia sebagai tarikan utama di seluruh rangkaian syarikat penerbangan berkenaan.

Majlis pemeteraian MoC itu telah disempurnakan bersama Pengerusi dan Ketua Eksekutif Emirates Airline & Group, Sheikh Ahmed Saeed Al Maktoum dan turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Memorandum dimeterai oleh Naib Presiden Kanan Operasi Komersial Emirates (Timur Jauh), Orhan Abbas dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab.

“Mengikut perjanjian kolaborasi itu, Emirates berhasrat untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu bagi mempromosikan sektor pelancongan di Malaysia merentasi 130 destinasi dalam rangkaian globalnya.

“Bagi merealisasikan hasrat dalam usaha membangunkan sektor pelancongan, syarikat penerbangan Emirates juga ingin meninjau peluang kolaborasi melalui anjuran program seperti sesi suai kenal dan memperluas profil media ke pasaran,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Nancy berkata, kolaborasi itu mampu memberi impak positif terhadap industri pelancongan dan mengukuhkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Kami berharap pihak Emirates akan terus bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang unik dipenuhi bandar-bandar yang menarik seperti Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

“Melalui rangkaian penerbangan Emirates, kerjasama ini juga bertujuan untuk menarik minat pelancong asing dari pelbagai pasaran seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika,” katanya.

Ketua Pegawai Komersial Emirates, Adnan Kazim pula berkata, sejak penerbangan pertama ke Malaysia pada 1996, Emirates kekal komited dalam pasaran – bukan sahaja dari segi perkhidmatan pelanggan yang bagus, tetapi juga giat memperluas potensi pasaran melalui kerjasama perkongsian dan inisiatif lain bersama pihak berkepentingan dalam industri pelancongan Malaysia.

“Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati untuk menandatangani Memorandum Kolaborasi (MoC) pada hari ini bagi membentuk hubungan diplomatik serta menitikberatkan Malaysia sebagai pasaran utama dalam rangkaian global Emirates,” katanya.

Pada 2016, Malaysia Airlines dan Emirates telah menandatangani perjanjian perkongsian kod yang menawarkan perkhidmatan pelanggan yang lancar serta lebih banyak pilihan menarik disediakan misalnya memberi faedah penerbangan kerap bagi pengguna serta pengalaman perjalanan bertaraf dunia.

Perjanjian itu menghubungkan penumpang Malaysia Airlines ke pelbagai destinasi seperti Eropah, Afrika, Asia Barat dan Amerika Syarikat melalui Dubai, manakala, penumpang Emirates di seluruh Malaysia, Asia Tenggara dan sebilangan destinasi di Asia Pasifik melalui Kuala Lumpur.

Emirates turut mengambil langkah dalam meneruskan semula penerbangan penumpang ke Malaysia pada 17 Jun 2020 dengan pengurangan kapasiti berikutan sekatan perjalanan akibat pandemik Covid-19 di negara ini.

Pada masa ini, Emirates menghubungkan Kuala Lumpur ke hab Dubainya dengan 11 penerbangan mingguan menggunakan pesawat Boeing 777. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya