Ekuinas teroka potensi pelaburan dalam enam syarikat

Ekuinas teroka potensi pelaburan dalam enam syarikat

ekuinas
Syed Yasir Arafat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas), syarikat pengurusan dana ekuiti swasta (PE) milik kerajaan, sedang meneroka potensi pelaburan dalam sekurang-kurangnya enam syarikat setakat tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, pada masa ini Ekuinas mempunyai kira-kira lima atau enam syarikat dalam perancangan potensi pelaburnya.

“Jelas sekali, sebahagian daripadanya akan masuk ke peringkat yang lebih maju, dari segi usaha wajar dan sebagainya.

“Ekuinas buat masa ini tidak berhasrat melepaskan pegangan dalam portfolio syarikat-syarikat sedia ada kerana kami sedang kembali selepas dua tahun pandemik Covid-19 dan beberapa syarikat yang terjejas akibat pandemik menunjukkan prestasi yang kurang baik,” katanya dalam sidang akhbar.

Mengulas mengenai prospek syarikat, Syed Yasir berkata, Ekuinas menjangkakan mereka akan benar-benar bebas daripada penularan wabak Covid-19 pada tahun ini. 

Ujarnya, pihaknya menjangkakan aktiviti ekonomi akan bertambah baik untuk kebanyakan syarikat portfolionya memandangkan ekonomi pulih secara stabil dan pembukaan semula sempadan negara. 

“Pada 2021, pendigitalan merupakan tema yang memberi impak kepada Ekuinas kerana hampir semua syarikat portfolio kami menghadapi peningkatan pendigitalan sebagai teras kritikal dalam operasi perniagaan dan ia akan terus dijadikan panduan untuk kami maju ke hadapan,” ujarnya.

Sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, jumlah pelaburan kumulatif berjumlah Rm4.4 bilion yang terdiri daripada 70 pelaburan dan seterusnya telah menjana jumlah penggunaan modal sebanyak RM5 bilion, bersama dengan rakan kongsi sektor swasta.

Dari segi pelaburan langsung, Ekuinas Direct (Tranche II) Fund mencatatkan Pulangan Portfolio Kasar RM654 juta, menjana Kadar Pulangan Dalaman (IRR) kasar tahunan sebanyak 12.1 peratus setahun dan IRR bersih tahunan sebanyak 8.6 peratus.

Pada tahun kewangan itu juga, Ekuinas mencatatkan pertumbuhan hasil disatukan sebanyak 12.1 peratus dan pendapatan sebelum faedah, susut nilai cukai dan pertumbuhan pelunasan (Ebitda) sebanyak 28 peratus, jauh melebihi prestasi tahun kewangan 2020 masing-masing iaitu negative 12.8 peratus dan negatif 14.9 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya