Cendawan susu harimau bantu tingkat imunisasi - Utusan Malaysia

Cendawan susu harimau bantu tingkat imunisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cendawan Susu Harimau (CSH) mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan turut digunakan secara meluas untuk membantu merawat pelbagai jenis masalah terutama berkaitan pernafasan, menurut Wellous Sdn. Bhd. (Wellous).

Ketua Pegawai Operasinya, Racheal Tan berkata, CSH kaya dengan bahan aktif seperti polisakarida beta-glukan (lebih daripada 50 peratus), asid kafeik, asid p-coumaric serta pelbagai vitamin dan mineral seperti tiamin (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niacin (vitamin B3), vitamin D, selenium, potassium dan banyak lagi yang penting untuk kesihatan badan manusia.

“Selain itu, ia juga mempunyai fungsi seperti anti radang, anti oksidan, anti mikrob, dan imunomodulasi. Setelah membuat kajian, kami telah menghasilkan produk Tiger Milk King (TMK). 

“Sekiranya digunakan secara berterusan, ia akan membantu menguatkan sistem ketahanan badan, mempercepatkan proses penyembuhan badan dan menguatkan paru-paru serta sistem pernafasan.

“Kami menggunakan kaedah pemprosesan cecair nutraseutikal untuk menghasilkan produk tersebut. Teknologi ini membolehkan kami memproses makanan dan herba untuk terserak dalam cecair secara sekata dan memproses cecair nutraseutikal dengan kestabilan yang baik.

“Itu boleh memanjangkan jangka hayat nutraseutikal, memastikan bioaktif atau nutrisi masih utuh apabila sampai ke tangan pengguna,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas beliau, selaras dengan identiti Wellous sebagai syarikat teknologi kesihatan, pihaknya menggunakan teknologi yang terkini dalam penghasilan produk serta pembungkusan.

Katanya, dengan cara pemprosen itu, ia akan memastikan bahan aktif yang terkandung stabil dan tahan lama.

Mengulas lanjut, Racheal berkata, TMK juga mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) serta ujian profil kimia (HPLC-MSMS) dan assay mikrob bagi memastikan produk keluarannya itu selamat untuk digunakan.

“Ekstrak juga akan dibeku kering untuk memastikan kestabilan semasa proses penghantaran. Cendawan Susu Harimau di dalam TMK menggunakan teknologi penyemaian induk hak milik dan proses penanaman semula jadi dan organik yang dikawal ketat bagi memastikan kandungan didalamnya kekal aktif dan bebas pencemaran seperti bahan kimia.

“Dalam proses menghasilkan produk terbabit, kami juga memastikan rasa yang sedap untuk membantu pengguna mengamalkan tabiat baik dan mengambil produk itu setiap hari,” ujarnya.

Cendawan Susu Harimau TMK hadir dengan dua perisa iaitu Calamansi dan Loquat dengan harga RM250 dan boleh didapati di laman Facebook Wellous Malaysia Rasmi. 

Wellous merupakan syarikat tempatan yang mengutamakan pengguna, khususnya dalam menghasilkan makanan berfungsi peribadi.

Ditubuhkan sejak 2017, syarikat tersebut menawarkan produk-produk terbaik dari alam semula jadi, bahan-bahan yang paling berharga dan bersumberkan kelestarian bagi memberi manfaat kesihatan kepada orang ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya