PETALING JAYA: Go Shop, platform beli-belah barangan rumah dan e-dagang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus dan penghantaran percuma ke Malaysia Timur hingga 5 Jun sempena perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Pelanggan boleh menikmati diskaun RM15 dengan menggunakan kod GOSHOP15 dengan perbelanjaan minimum RM180 dan GOSHOP35 untuk menikmati diskaun RM35 dengan perbelanjaan minimum RM300.
Kempen itu akan menawarkan pelbagai jenis produk termasuk peralatan rumah, dapur dan makanan, gaya hidup Islam serta barangan runcit.
Menurut Astro Go Shop, promosi baharu dan eksklusif itu menampilkan Kolagen Green Caviar Kinohimitsu, Sarang Burung G&G, Thomson Activated Gingko, Pembersih Tekanan Tinggi Karcher, Shogun Wok oleh Zenith, Beg Tangan Hilly dan Peralatan Tempat Tidur Coletti.
“Selain itu, bagi produk jualan terlaris ialah, Periuk Tekanan Primada, Loket Emas Ros Habib, Pembersih Vakum Khind, Basikal Lipat Aerofit, Ginseng Merah CheongKwanJang, Set Bagasi Urbanlite and Set Perkakasan Memasak Haushalt.
“Para pelanggan juga boleh menemui jenama fesyen dan kecantikan terbaharu serta terkini di Go Shop melalui kempen Fashion & Beauty Spotlight dari 21 hingga 29 Mei dengan penghantaran percuma dan diskaun sehingga RM50,” katanya dalam kenyataan.
Kempen tersebut akan menampilkan jenama fesyen popular seperti Hush Puppies dan Hilly serta jenama penjagaan kulit yang popular seperti Crabtree & Evelyn dan Melvita. – UTUSAN