AirAsia Consulting tawar khidmat perundingan kepada Fly Dhaka - Utusan Malaysia

AirAsia Consulting tawar khidmat perundingan kepada Fly Dhaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AirAsia Consulting, cabang perundingan syarikat penerbangan baharu di bawah AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) mengumumkan pelantikannya oleh Fly Dhaka Bangladesh BAGI penyediaan perkhidmatan perundingan kepada syarikat penerbangan baharu itu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Consulting, Subashini Silvadas berkata, AirAsia Consulting ditubuhkan dengan misi untuk menyediakan perkhidmatan perundingan LCC terkemuka dunia kepada syarikat penerbangan baharu sama ada mereka ingin mewujudkan jenama syarikat penerbangan LCC baharu atau menambah baik operasi sedia ada, dengan mencontohi kejayaan model perniagaan AirAsia.

“Berikutan pasaran LCC yang rendah iaitu 11 peratus di negara ini, AirAsia dan Fly Dhaka melihat potensi besar dalam industri penerbangan di Bangladesh. 

“Pada masa hadapan, Fly Dhaka juga akan dapat memanfaatkan rangkaian dan hab AirAsia yang luas untuk membolehkan penumpangnya terbang lebih jauh di seluruh rantau ini. 

“Fly Dhaka, dengan sokongan AirAsia, dijangka akan menjadi LCC bertaraf dunia yang menawarkan tambang dan nilai rendah untuk penumpang generasi baharu, dirangsang oleh penggunaan teknologi dalam operasi mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fly Dhaka, Lt. Jen. (B) M. Fazle Akbar berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan AirAsia, yang telah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama lebih sedekad. 

Ujarnya, dengan bimbingan AirAsia Consulting, pihaknya boleh mencari peluang baharu dan akhirnya mencapai matlamat utama kami untuk diiktiraf sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di Bangladesh. 

“Kami percaya kerjasama ini akan memberikan AirAsia akses yang lebih luas ke Bangladesh yang merupakan pasaran menarik dengan potensi besar berikutan rangsangan pelaburan dalam infrastruktur penerbangan negara baru-baru ini.

“Fly Dhaka telah memperoleh Sijil Tanpa Bantahan (NOC) pada bulan Oktober 2021 dan kini berada di peringkat akhir untuk mendapatkan Sijil Pengendali Udara (AOC). Fly Dhaka juga telah mencapai kemajuan yang ketara dalam mendapatkan pesawat yang sesuai untuk operasi domestiknya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. 

“Kami berkemungkinan akan menjadi satu-satunya pengendali pesawat Airbus tempatan di Bangladesh, berdasarkan pengalaman luas AirAsia dengan pesawat jenis A320,” ujarnya.

Kerjasama baharu ini dimeterai ketika AAAGL sedang giat meneroka peluang kehadiran syarikat penerbangan tempatan baharu di rantau ini dan cabang perundingannya AirAsia Consulting menyediakan khidmat nasihat kepada pihak ketiga terpilih yang berminat untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah baharu atau memperkukuh syarikat penerbangan sedia ada yang ingin meningkatkan kecekapan dan prestasi mereka. 

Rakan kongsi dan pelanggan yang berminat untuk bekerjasama dengan AirAsia Consulting boleh menghubungi [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya