Sunway iLabs, Carsome lancar program pemecut ekosistem auto - Utusan Malaysia

Sunway iLabs, Carsome lancar program pemecut ekosistem auto

Ketua Penggabungan Kumpulan Carsome & Pemerolehan dan Sistem Ekosistem, Digbijoy Shukla (kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway Digital & Pelaburan Strategik, Evan Cheah (tengah) dan Ketua Pegawai Inovasi Kumpulan Sunway dan Pengarah Sunway iLabs Matt van Leeuwen (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Makmal Inovasi Sunway (iLabs), cabang inovasi Sunway Group menjalinkan kerjasama dengan Carsome, platform e-dagang kereta bersepadu terbesar di Asia Tenggara melancarkan sebuah program pemecut, Makmal Mobiliti Carsome (Carsome Mobility Lab).

Akan dilancarkan pada suku ketiga 2022, Makmal Mobiliti Carsome bakal menjadi ekosistem auto pertama di Malaysia yang ingin menyokong syarikat permulaan teknologi global untuk menyampaikan penyelesaian yang mampan dalam pasaran sedia ada di Carsome.

Program tersebut menyediakan platform holistik untuk pemula dalam skala ekosistem auto dengan menyediakan bimbingan, peluang untuk pembiayaan dan akses kepada perkongsian menerusi rangkaian usahawan Sunway dan Carsome, teroka kapitalis, korporat dan pakar industri.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng berkata, pihaknya teruja dengan perkongsian dengan Sunway iLabs kerana itu adalah program pemecut seperti itu yang pertama di Asia Tenggara.

“Ia adalah satu penghormatan bagi kami untuk menyokong dan meningkatkan usahawan dan komuniti automotif melalui program unik ini.

“Ia adalah satu lagi langkah besar Carsome untuk mencitpa ekosistem pemilikan kenderaan yang paling dipercayai, dikuasakan oleh teknologi dan data,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Inovasi Kumpulan Sunway dan Pengarah Sunway iLabs, Matt Van Leeuwen berkata, pihaknya kerjasama dengan Carsome akan berkembang menjadi platform inovasi spektrum yang luas, meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), bakat teknologi pembangunan dan kini program pemecut untuk syarikat pemula.

“Kami percaya program ekosistem auto yang pertama di Malaysia itu akan membantu meningkatkan kebolehan syarikat pemula dari segi hubungan, pasaran, mentor dan pembiayaan yang ditawarkan oleh Carsome dan Sunway.

“Itu peluang unik yang tidak patut dilepaskan oleh usahawan yang ingin membina perniagaan teknologi yang berjaya dalam industri automotive,” katanya.

Syarikat pemula yang terpilih akan ditawarkan peluang unik untuk berhubung dengan 13 bahagian perniagaan Sunway dan ekosistem Sunway City Kuala Lumpur yang berkembang baju serta ekosistem pendanaan luas Kumpulan yang terdiri daripada Orbit Malaysia, SunSEA Capital, Gobi Partners dan The HIVE SEA untuk pembiayaan selanjutnya dan peluang pelaburan.

Ia selaras dengan visi Sunway untuk meletakkan Sunway City Kuala Lumpur sebagai makmal yang membawa masuk pakar untuk menjana penyelesaian dunia sebenar yang mampan untuk menambahbaik alam sekitar dan kehidupan manusia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya