Proton kembali ke Afrika Selatan selepas 10 tahun - Utusan Malaysia

Proton kembali ke Afrika Selatan selepas 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar kenderaan Proton di Afrika Selatan dan akan memulakan proses penghantaran pertama kenderaan Proton (CBU) pada September tahun ini.

Penghantaran pertama membabitkan Proton X50 dan Proton X70, diikuti Proton Saga, yang kembali ke negara itu selepas jualan berakhir pada tahun 2012.

Menurut Proton, syarikat yakin dengan prospek jualannya di Afrika Selatan dan meramalkan jualan yang kukuh bagi tahun ini, serta menyasarkan lebih daripada dua kali ganda volumnya pada tahun 2023.

Ujarnya, untuk suku pertama tahun ini, jumlah jualan eksport telah meningkat sebanyak 175 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021 dan jualan dijangka bertambah kerana syarikat bersasaran untuk meningkatkan eksport lebih daripada 300 peratus pada akhir tahun ini.

“Pada 2010, Proton mengeksport 29,833 unit ke beberapa pasaran luar negara. Angka ini berkurang kepada hanya 248 unit pada 2017 walaupun volum mengalami peningkatan secara beransur-ansur.

“Tahun lalu pula, sebanyak 3,018 kenderaan Proton dijual di luar negara, iaitu lebih dua kali ganda daripada 1,508 unit yang dieksport pada tahun 2020.

“Justeru, tahun ini Jabatan Jualan Antarabangsa menyasarkan untuk meningkatkan jualan eksport kepada 10,000 unit,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu memberitahu, matlamat jangka panjang Proton memerlukan eksport memainkan peranan utama untuk mengembangkan jualan keseluruhan syarikat kerana TIV di Malaysia dijangka tidak banyak berubah.

“Oleh itu, kami mengeksploitasi kekuatan produk baharu kami, jenama kami dan juga hubungan Malaysia dengan negara lain untuk bertapak di pasaran baharu.

“Ini kemudiannya diperkukuhkan dengan mewujudkan operasi KD di mana- mana yang berpotensi, yang juga dapat membantu mengembangkan ekonomi tempatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya