Petronas temui hidrokarbon pertama dari projek Bukit Tua - Utusan Malaysia

Petronas temui hidrokarbon pertama dari projek Bukit Tua

PETRONAS menemukan hidrokarbon pertamanya dalam penggerudian telaga BTJB-T2 Bukit Tua Fasa-2B yang terletak di dalam Blok Ketapang, luar pesisir Jawa Timur, Indonesia. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PC Ketapang II Ltd. (PCK2L), anak syarikat Petronas telah menemukan hidrokarbon pertamanya dalam penggerudian telaga BTJB-T2 Bukit Tua Fasa-2B yang terletak di dalam Blok Ketapang, luar pesisir Jawa Timur, Indonesia.

Telaga BTJTB-T2 telah digerudi pada 30 September 2021 dengan kedalaman sasaran 1,890 meter. Pencapaian itu merupakan sebahagian daripada projek pembangunan keempat selepas Bukit Tua Fasa 1, Fasa 2A dan Fasa 3.

Projek itu menyasarkan pengeluaran sebanyak 12,500 tong minyak bersamaan (boe) sehari dan 30 juta kaki padu standard (mmscf) gas sehari menerusi lima telaga pembangunan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli berkata, sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif, pencapaian itu menunjukkan komitmen kumpulan untuk menyediakan bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai.

“Projek Bukit Tua Fasa 2B hidrokarbon yang pertama akan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada sasaran Indonesia untuk mencapai satu juta tong minyak sehari menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden Pengarah PCK2L, Yuzaini Md. Yusof berkata, pihaknya berbangga dengan keputusan yang positif sebagai komitmen penuh daripada semua pihak yang membawa kepada pencapaian itu.

“Kami berterima kasih kepada SKK Migas, pihak-pihak berkuasa tempatan dan rakan kongsi kami atas sokongan padu mereka sepanjang projek ini,” ujarnya.

Petronas merupakan pengendali Blok Ketapang dan memegang 80 peratus kepentingan penyertaan menerusi dua anak syarikatnya, PC Ketapang II Ltd. dan Petronas Carigali (Ketapang) Ltd., manakala baki 20 peratus lagi dipegang oleh PT Saka Ketapang Perdana.

Petronas juga merupakan pengendali di PSC Madura Utara II luar pesisir Jawa Timur dan sebuah usaha sama rakan kongsi dalam enam blok lain yang terletak di dalam dan luar pesisir di kawasan Sumatera, Natura Laut, Jawa Timur dan Papua Barat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya