PETALING JAYA: Malaysia merekodkan prestasi dagangan yang kukuh pada Mac lalu dengan pertumbuhan 27.3 peratus tahun ke tahun untuk mencapai nilai tertinggi baharu berjumlah RM236.6 bilion. Malah lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nilai eksport dan import negara pada Mac sekali lagi memecahkan rekod tertinggi baharu, masing-masing berjumlah RM131.6 bilion dan RM104.9 bilion. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, import Malaysia buat kali pertama melepasi paras RM100 bilion, sejajar dengan lonjakan bagi barangan perantaan menandakan aktiviti ekonomi domestik yang lebih baik. “Lebihan dagangan meningkat 10.3 peratus daripada RM24.2…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya