Me'nate tawar menu istimewa Ramadan - Utusan Malaysia

Me’nate tawar menu istimewa Ramadan

Majlis Ramadan Preview 2022 Me'nate di Shah Alam. FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Rangkaian restoran ala barat, Restoran Me’nate Steak Hub (Me’nate) menawarkan dua sajian istimewa bersempena Ramadan bermula 4 April hingga 1 Mei depan.

Menu berbeza berbanding tahun lalu itu adalah set Mubarak Iftar Platter dan Mubarak Iftar Nate-Box, yang turut membolehkan pelanggan mendapat akses percuma untuk Mini Buffet yang menampilkan aneka menu pembuka selera dan pencuci mulut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Ashraf Syed Ali berkata, Palace Butcher Resources Sdn. Bhd. sebagai pengendali restoran itu komited menghidangkan sajian Ramadan bagi peminat daging stik berkualiti tinggi di seluruh negara.

“Menu istimewa yang bakal disajikan sembilan cawangan kami itu antaranya Steamed Persian Rice, Full slab BBQ Wa’gyu/Angus Beef Rib, Persian Style Braised Whole Lamb Shoulder dan Roasted BBQ Chicken.

“Pelbagai pilihan minuman turut disediakan seperti air oren, teh bunga, tembikai dan Cha Bang,” katanya selepas merasmikan Prebiu Ramadhan restoran berkenaan di sini, semalam.

Bagi pelanggan yang berbuka puasa di rumah, mereka boleh menempah tiga pilihan sajian Mubarak Iftar Nate Box.

“Kami menyediakan pilihan Nate Box Heavenly Menate, Nate Box Heavenly Lamb dan Nate Box Heavenly Ribs yang mengandungi pelbagai daging stik premium dan halal.

“Pilihan set Nate Box standard juga masih disediakan bagi mereka yang ingin menempah selain daripada edisi Ramadan,” katanya.

Me’nate turut menawarkan pakej diskaun sebanyak 15 peratus bagi yang menempah awal sebelum 31 Mac ini.

Bagi set Mubarak Iftar Platter, harga yang ditawarkan antara RM480 hingga RM580 untuk empat atau lima orang makan manakala RM360 hingga RM470 untuk Nate Box. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya