Madu tualang Aurabees bantu kekal bertenaga sepanjang Ramadan - Utusan Malaysia

Madu tualang Aurabees bantu kekal bertenaga sepanjang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA bergelar pengawal keselamatan di tapak pembinaan sebuah hospital dan sekolahs ekitar tujuh tahun lalu, Mohamad Fitri Aziz,40, secara sambilan menjual madu tualang asli secara kecil-kecilan di sekolah-sekolah bagi membantu menambah pendapatan.

Berkat kesungguhan tanpa mengenal erti putus asa, Mohamad Fitri kini sudah berjaya mengembangkan empayar perniagaan melalui syarikatnya, Aura Sunnah Legacy Sdn. Bhd. di seluruh negara termasuk Singapura.

Malah, madu tualang dan madu kelulut asli di bawah jenama Aurabees milik syarikatnya itu mendapat sambutan cukup hebat dengan jualan bulanan pernah mencecah RM100,000.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Aura Sunnah Legacy Sdn. Bhd. itu, di awal pembabitan tujuh tahun lalu, dia melihat seorang penjaja menjual madu seterusnya mengambil keputusan untuk membeli 10 botol madu berkenaan dan menjualnya semula di sekolah-sekolah.

Katanya, ketika itu, dia juga tekad ingin mengubah kehidupan yang lebih selesa dengan menjalankan perniagaan tersebut.

“Perniagaan secara sambilan itu pada mulanya sering dipermainkan rakan-rakan namun keberkatan niat, doa, kesungguhan dan rezeki yang tidak disangka dalam perniagaan madu tualang itu, akhirnya mula mendatangkan hasil,” kongsi anak jati Kampung Surau, Utan Aji, Perlis kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambahnya, selepas itu, dia mula mendaftarkan syarikat bagi mengusahakan perniagaan madu tualang asli secara sepenuh masa selain menyertai pelbagai kursus perniagaan yang dianjurkan agensi kerajaan mahupun swasta.

Dia melihat potensi perniagaan madu tualang asli tersebut kerana mampu membantu menambah sumber tenaga, menurunkan kadar gula dalam darah, menghilangkan lemak serta sembelit, menurunkan berat badan dan menambah imuniti badan.

“Saya juga mempunyai pasukan Aurabees Hunter yang berperanan mendapatkan hasil madu yang benar-benar tulen dan berkualiti tinggi di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perak bagi menjaga kesegaran produk.

“Harga yang ditawarkan bagi produk madu tualang hutan Aurabees itu bermula daripada harga serendah RM39.90 bagi berat 149 gram, RM60 (349 gram) dan RM149 bagi berat 1 kilogram dengan pemberian percuma 100 gram lagi,” kata bapa kepada dua orang anak itu.

Sementara itu, katanya, amalan pengambilan madu tualang asli Aurabees pada bulan Ramadan juga mampu membekalkan tenaga serta mengekalkan kecergasan badan sepanjang hari menerusi kaedah yang betul.

Katanya, orang ramai disyorkan mengambil satu sudu madu tualang asli pada waktu sahur yang penting bagi mengekalkan tenaga dan kecergasan ketika berpuasa di siang hari.

“Madu tualang asli Aurabees juga mematuhi piawaian tinggi persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta menjalani ujian makmal dan mendapat pengiktirafan KBiotech dan Institut Genom Malaysia.

“Ketulenan dan harga madu tualang yang dipasarkan juga tidak dipersoal kerana sebagai usahawan bimbingan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), syarikat dipantau sendiri oleh agensi tersebut bagi memastikan ia mengikut garis panduan dikeluarkan kerajaan.

“Pada masa ini, kita juga menawarkan pemberian cengkih dan lemon secara percuma kepada pembeli khususnya yang berada dalam tempoh kuarantin akibat Covid-19. Ia mampu membantu meningkat imuniti badan,” katanya.

Orang ramai yang berminat mendapatkan produk madu tualang dan madu kelulut Aurabees tersebut boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang www.aurabees.com, laman sosial Facebook Aurabees atau menghubungi talian di 011-5626 6876. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya