KUALA LUMPUR: Lumiere32 telah melancarkan Klinik Pay32, sebuah perisian analitik inventori dan pembayaran vendor yang dikuasakan kepintaran buatan (AI) bertujuan mendigitalkan sepenuhnya industri perubatan di seluruh negara.
Klini Pay32 adalah platform khusus untuk bekalan penjagaan kesihatan dalam talian khas untuk pengilang, pengamal perubatan profesional dan pergigian.
Disebabkan pandemik Covid-19, sektor penjagaan kesihatan telah menyaksikan ledakan dalam perniagaan dengan peningkatan permintaan bagi produk seperti sarung tangan getah, topeng muka, PPE dan lain-lain.
Disebabkan itu, para pembekal, pengedar dan pengamal perubatan terbabit memerlukan sistem pengurusan logistik yang betul supaya setiap inventori dapat diuruskan secara sistematik berbanding kaedah manual.
Elak kehabisan stok, digitalkan pembayaran
Untuk menangani isu ini, Klinik Pay32 menawarkan dua penyelesaian utama- analitik inventori yang mantap dan e-dompet, dipanggil Pay32 Wallet, yang membolehkan klinik mengekalkan keterlihatan penuh ke atas stok perubatan mereka.
Catra ini dapat menyelaraskan semua pembayaran masuk dan keluar.
Dengan analisis inventori ini, klinik boleh menjejak tarikh luput dan ketersediaan produk dan sekali gus mengelakkan mereka terputus bekalan.
Perisian ini membolehkan klinik mengoptimumkan inventori mereka menggunakan data menggunakan invois vendor dan memo/pesanan penghantaran yang akan menghasilkan rekod yang lebih tepat mengenai keuntungan mereka.
Perisian ini juga menyediakan trend terkini kepada klinik, membolehkan mereka meramalkan corak pembelian yang lebih baik sebelum merancang pembelian mereka untuk pengestokkan semula.
Pay32 Wallet, yang turut menawarkan penjejakan pembayaran dan keupayaan Beli-Sekarang-Bayar-Kemudian (BNPL), bertujuan untuk menggalakkan klinik ke arah pilihan pembayaran tanpa tunai dengan pelan pembayaran yang fleksibel.
Dengan ini, klinik akan dapat mengurangkan tugasan yang melibatkan menguruskan pembayaran vendor, sambil menikmati tempoh pembayaran tanpa faedah yang lebih lama (90 hari) apabila membeli bekalan, sekali gus mengukuhkan aliran tunai keseluruhan.
Pay32 Wallet membolehkan klinik mempunyai kredit maksimum sebanyak RM100,000 bagi setiap klinik dan membolehkan pembelian peralatan perubatan kecil, instrumen, barang pakai buangi dan bekalan lain tanpa sebarang kerumitan dan tanpa keperluan untuk membayar dahulu.
Pakej tepat berdasarkan keperluan
Klinik Pay32 juga menawarkan pelbagai pakej langganan kepada pelbagai jenis klinik termasuk klinik pengasas, klinik kumpulan dan klinik super.
Semua pakej akan termasuk langganan enam bulan percuma dan pendigitalan data percuma sehingga 3 bulan.
Klinik Pay32 kini boleh didapati di seluruh negara dan telah berjaya dilaksanakan selama enam bulan bagi 200 klinik terpilih awal tahun ini.