Kempen Mega Cashback MR D.I.Y kembali - Utusan Malaysia

Kempen Mega Cashback MR D.I.Y kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan MR D.I.Y (MR D.I.Y) mengembalikan kempen Mega Cashback sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di semua cawangan peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia itu sehingga 31 Mei ini.

Menerusi kempen tersebut, MR D.I.Y bekerjasama dengan enam penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam kedai dan diskaun menarik di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR yang mengambil bahagian.

Promosi itu membabitkan lima penyedia e-dompet iaitu Boost, Grabpay, MAE oleh Maybank, Shopeepay dan Touch ‘n Go eWallet, serta bank HSBC.

Ketua Pemasaran Kumpulan, Alex Goh berkata, kempen Mega Cashback Mr D.I.Y itu dikembalikan berikutan kejayaan kempen pertama pada Februari lalu yang membolehkan para pelanggan memanfaatkan peluang tersebut menikmati nilai yang hebat di cawangan-cawangannya.

“Kali ini, kempen kembali dengan tawaran yang lebih menarik untuk membantu rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan dan manfaat apabila mereka membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya dan musim cuti nanti.

“Memandangkan rakyat Malaysia akan mendapatkan barangan keperluan harian, produk perayaan dan hadiah serta buah tangan, ternyata ini masa yang paling sesuai untuk kami memberi lebih ganjaran kepada mereka.

“Selepas dua tahun beraya di bawah perintah kawalan pergerakan, semua pasti teruja untuk pulang ke kampung menziarahi sanak saudara dan kami ingin membantu menjadikan pengalaman ini lebih mampu milik, mudah dan menguntungkan untuk mereka,” katanya dalam kenyataan.

Kempen Mega Cashback akan dijalankan serentak dengan kempen Raya Serba Baharu peruncit. 

Rakyat Malaysia boleh mendapatkan lebih daripada 200 barangan keperluan untuk Hari Raya yang Always Low Prices, termasuk barangan popular untuk musim perayaan seperti langsir, sarung kusyen, serta barangan perhiasan rumah dan kelengkapan dapur.

Mega Cashback MR. D.I.Y. akan berlangsung di cawangan-cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR yang mengambil bahagian, yang mempunyai perkhidmatan bayaran e-dompet yang berkenaan di kedai.

Maklumat mengenai promosi ini boleh didapati di https://www.mrdiy.com/promotion/327/MR.DIY-Mega-Cashback-2022/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya