PETALING JAYA: Malaysia merekodkan jualan perdagangan borong dan runcit berjumlah RM117.2 bilion pada Februari lalu, meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan itu disumbangkan oleh subsektor Perdagangan Runcit dengan peningkatan sebanyak RM4.5 bilion atau 10.2 peratus untuk mencatatkan RM48.8 bilion. Kata beliau, Perdagangan Borong juga berkembang dengan 6.2 peratus atau RM3.3 bilion kepada RM55.9 bilion, sementara Kenderaan Bermotor melonjak 12.5 peratus atau RM1.4 bilion kepada RM12.5 bilion. “Walau bagaimanapun, bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya