HappyFresh, Delyva bekerjasama tambah baik penghantaran - Utusan Malaysia

HappyFresh, Delyva bekerjasama tambah baik penghantaran

HappyFresh shopper dan rider, sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Delyva Sdn. Bhd. (Delyva) mengumumkan HappyFresh Malaysia memilih sistem pengurusan penghantaran DelyvaX untuk memperkemas operasi penghantaran termasuk di pasar raya fizikal HappyFresh yang baru dilancarkan.

Ketua Pegawai Operasi Delyva, Hanif Wahid berkata, pihaknya  memperkenal HappyFresh dengan penyelesaian digital yang menjadikan pengurusan penghantaran lebih cekap. 

“Sistem kami mengautomatikkan pemprosesan pesanan dan kemas kini status penghantaran, jadi tidak perlu lagi memuat turun pesanan secara manual atau memuat naikkannya kepada kurier pihak ketiga. 

“Peningkatan kecekapan tersebut bakal menguntungkan pelanggan dan juga menambah baik mutu perkhidmatan HappyFresh Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan HappyFresh Malaysia, Hu Hun Hui memaklumkan, HappyFresh menikmati pengurangan tempoh memproses pesanan yang ketara dan tempoh pengagihan pesanan yang optimum hasil proses automatik yang diperkenal DelyvaX.

“Kami menjangkakan peningkatan jumlah pesanan Ramadan ini dan musim perayaan Hari Raya yang akan datang. 

“Justeru, kami gembira Delyva membantu kami memperkemas proses supaya penghantaran dikendalikan dengan betul bagi memastikan kepuasan hati pelanggan,” ujarnya.

Delyva mempunyai lebih daripada 20 rakan kurier standard dan rakan penghantaran segera yang beroperasi di kebanyakan bandar besar dalam Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya