D&D Signature Vacation, Kobest komited jana hasil pelancongan - Utusan Malaysia

D&D Signature Vacation, Kobest komited jana hasil pelancongan

DEVARAJ (kiri) dan Jamaluddin (kanan) pada majlis pemeteraian kerjasama strategik di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pelancongan D&D Signature Vacation (M) Sdn. Bhd. (D&D Signature) bekerjasama dengan Koperasi Pribumi Bersatu Malaysia Berhad (Kobest) bagi membantu menjana hasil yang lebih baik kepada koperasi dalam segmen pelancongan.

Pengarah Urusan D&D Signature, Devaraj Narayanan berkata, kerjasama itu bertepatan dengan keadaan semasa selepas sempadan negara dibuka sejak 1 April lalu sekali gus merancakkan aktiviti sektor pelancongan negara.

“Daripada formula sebelum ini, ia telah terbukti membawa pulangan yang tinggi kepada koperasi tanpa perlu mereka mengeluarkan modal yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pemeteraian kerjasama strategik antara D&D Signature dengan Kobest, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Kobest, Datuk Jamaluddin Abdul Razak.

Devaraj memaklumkan, syarikat D&D Signature terkenal sebagai penyedia pakej percutian dalam kategori bajet, ekonomi dan premium.

“Produk terlaris kami adalah D&D Premium Reward Travel Passport yang mana ia merupakan pakej mesra pengguna dan memberi penjimatan sehingga 40 peratus kepada pelanggan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya