CUCKOO International catat untung bersih RM185.5 juta - Utusan Malaysia

CUCKOO International catat untung bersih RM185.5 juta

KC Hoe (kiri) dan Pengarah Urusan Fujiaire Global Sdn. Bhd., Wong See Wei melancarkan Penyaman Udara Pintar Inverter CUCKOO Vita-S yang mewujudkan persekitaran udara dalaman yang menyejukkan dan menggalakkan kehidupan yang lebih sihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenama pencipta rumah sihat, CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO International) mencatatkan RM185.5 juta keuntungan selepas cukai (PAT) bagi tahun berakhir 31 Disember 2021, peningkatan 44 peratus tahun ke tahun berbanding 2020.

Syarikat tersebut berjaya mencapai pertumbuhan kukuh bagi tahun ketujuh berturut-turut walaupun menghadapi keadaan pasaran mencabar, dan terus optimis dengan prospek bagi tahun 2022, berbekalkan perancangan strategi perniagaan yang mantap untuk mencipta lebih penyelesaian kediaman yang sihat.

Pada hujung tahun fiskal 2021, CUCKOO International mencapai lebih daripada RM1.13 bilion bagi hasil dalam pasaran Malaysia, yang sebahagian besarnya disemarakkan oleh pertumbuhan positif serta pelancaran beberapa produk utama pada tahun sama.

Keputusan kewangan keseluruhan yang kukuh pada tahun lalu, berserta komitmen CUCKOO International untuk melangkaui batas keupayaannya, telah memperkasakan lebih 1.4 juta rumah dan 4.7 juta pengguna isi rumah dengan penyelesaian Beyond Standards yang lebih sihat.

Di samping itu, syarikat itu telah menubuhkan lebih 640 cawangan di seluruh negara sejak penubuhannya pada 2014.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoe Kian Choon berkata, pencapaian kukuh kumpulan dipacu permintaan tinggi rakyat Malaysia terhadap tawaran atau penyelesaian yang lebih sihat, mampu milik dan mudah diakses dengan konsep model langganan fleksibelnya.

“Bagi memenuhi permintaan ini, kami telah membangunkan pelbagai pelan langganan di bawah GOOODPLAN™ untuk menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan plan bayaran mampu milik yang berpatutan.

“Malah, lebih daripada 90 peratus pelanggan kami melanggan perkhidmatan berasaskan sewaan sekali gus melonjakkan momentum dan pertumbuhan perniagaan kami di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan.

Selari dengan misi syarikat untuk menjadi Jenama Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia, CUCKOO International terus membangunkan produk dan perkhidmatan melebihi standard menerusi empat tonggak strategik bagi menyuntik nafas baharu secara holistik kepada kesihatan dan kediaman kita dengan kualiti hidup yang lebih baik.

Tonggak pertama dikenali sebagai Peralatan Rumah dikhususkan untuk membangunkan dan memperkenalkan perkakas yang sihat. Ini termasuk penapis air luar kediaman CUCKOO PRIME X3 yang dilancarkanCUCKOO International catat untung bersih RM185.5 juta pada 2021.

Penjagaan Kecantikan pula merupakan tonggak Pencipta Rumah Sihat kedua di bawah CUCKOO International dengan fokus untuk meningkatkan taraf kecantikan dan gaya hidup rakyat Malaysia. Ia telah memberikan jumlah hasil RM10 juta pada 2021, yang dijangka akan terus bertumbuh kukuh tahun ini.

Seterusnya, CUCKOO International telah memperkenalkan jenama WonderKlean di bawah tonggak Pencipta Rumah Sihat ketiga, iaitu Servis Pembersihan Kediaman bagi menyediakan membekalkan servis-servis penjagaan dan pembersihan rumah profesionalnya dengan pasukan servis khususnya, Pasukan Servis CUCKOO+. 

Tonggak itu menyaksikan lonjakan hasil melebihi 130 peratus, daripada RM2.3 juta kepada lebih RM5.3 juta pada 2021.

Tonggak keempat dan juga yang terbaharu, Kehidupan Sihat, memfokuskan untuk mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai Jenama Pencipta Rumah Sihat menerusi kerjasama strategik dengan perusahaan tempatan. Ia telah tonggak ini memperlihatkan potensi pertumbuhan yang besar dengan hasil lebih RM31.7 juta yang dijana daripada satu produk tunggal, iaitu tilam yang dicipta bersama dengan LSK Napure. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya