Bank Muamalat raikan anak yatim sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Bank Muamalat raikan anak yatim sempena Ramadan

KHAIRUL (kiri) dan Pengerusi Bank Muamalat, Datuk Seri Tajuddin Atan menyerahkan duit raya kepada anak yatim yang diraikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) meraikan lebih 250 tetamu istimewa terdiri daripada anak yatim dan pelajar Maahad Tahfiz dalam lima majlis berbuka puasa yang diadakan secara berasingan, baru-baru ini.

Lima majlis tersebut diadakan di ibu negara, Johor Bahru, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Sungai Petani, Kedah dan Kota Kinabalu, Sabah. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, majlis tersebut menjadi platform untuk berkongsi kegembiraan bersama insan yang memerlukan dalam menyambut kehadiran Syawal yang bakal menjelang.

“Ia juga diadakan bagi memupuk dan mengeratkan perasaan kasih sayang, tali persaudaraan sesama Muslim dan keperihatinan di antara kakitangan Bank Muamalat dengan mereka yang kurang bernasib baik. 

“Mereka tidak perlu ketinggalan dalam meraikan keistimewaan Ramadan mahupun kegembiraan Aildilfitri seperti orang lain,” katanya dalam kenyataan.

Para tetamu terdiri daripada anak-anak Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Pertubuhan Pusat Jagaan Kebajikan Kesayangan Kasih Abadi, Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Uzma Lil Aitam, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (PEKAYATIM), Pusat Jagaan Kasih Abadi, Rumah Anak Yatim As-Sakinah dan Rumah Transit Mualaf Sabah.

Selain majlis berbuka puasa, Bank Muamalat turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM40,000 kepada lapan pertubuhan dan pusat jagaan yang diraikan untuk membantu kos penyelenggaraan operasi masing-masing. 

Anak-anak yang hadir turut menerima duit raya bernilai keseluruhannya RM26,700. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya