PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan bantuan kewangan pengajian berjumlah RM246,000 kepada 123 pelajar anak yatim daripada golongan asnaf dan B40. Bank Islam dan PTPTN masing-masing menyumbang RM123,000 bagi usaha murni ini. Setiap pelajar terpilih menerima bantuan kewangan pengajian berjumlah RM2,000 terdiri daripada wang tunai sebanyak RM1,000 dan bakinya dikreditkan ke akaun Simpan SSPN Prime masing-masing untuk dimanfaatkan apabila mereka melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi kelak. Ia sebahagian daripada inisiatif tahunan AMAL bagi membantu golongan yang memerlukan menggunakan dana zakat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya