Widad manfaat teknologi IBS SANY Group - Utusan Malaysia

Widad manfaat teknologi IBS SANY Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Konglomerat pengurusan pembinaan dan fasiliti bersepadu, Widad Business Group Sdn. Bhd. (WBG) menjalin kerjasama dengan SANY Group, antara pengeluar jentera pembinaan terbesar di dunia bagi memanfaatkan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS). 

Teknologi itu akan dimanfaatkan menerusi pemindahan teknologi dan pengetahuan daripada SANY dengan kemudahan pembuatan bersama IBS yang akan dibina di Kedah.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Widad Business Group, Tan Sri Muhammad Ikmal berkata, pemindahan teknologi dan pengetahuan daripada SANY dijangka meletakkan WBG di hadapan dalam pada mereka terus melaksanakan projek hartanah dan infrastruktur berkualiti tinggi.

Ujarnya, penggunaan IBS dalam projek syarikat dapat meningkatkan kualiti akhir, mengurangkan tempoh pembinaan dan merendahkan kos berkaitan.

“Dengan perkongsian ini, kami menyahut seruan kerajaan agar peserta pembinaan menerima IBS untuk persekitaran perniagaan yang lebih dipacu oleh teknologi.

“WBG mempunyai barisan projek hartanah dan infrastruktur yang menarik di hadapan, yang akan mengangkat kumpulan ke peringkat seterusnya.

“Projek terbesar kami, The Langkasuka, semakin menghampiri upacara pecah tanahnya pada suku kedua 2022 dan kami sedang berusaha untuk melaksanakan projek seperti yang dirancang,” katanya dalam satu kenyataan.

WBG telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan anak syarikat tempatan SANY Group yang berpangkalan di China, Sany Construction Industry Development (M) Sdn Bhd, untuk meneroka perkongsian itu, baru-baru ini.

MoU itu akan membolehkan kedua-dua pihak menjalankan kerjasama dalam projek hartanah dan infrastruktur WBG di Malaysia, termasuk melalui penggunaan teknologi IBS SANY dan peralatan berat pembinaan.

Di samping itu, WBG juga akan dapat bekerjasama dengan Universiti SANY untuk menyediakan latihan mengenai teknologi IBS dan operasi peralatan berat kepada pelajar dan pekerja tempatan.

Menurut beliau, pihaknya yakin teknologi IBS daripada Kumpulan SANY akan menjadi aset yang penting dalam pembangunan tersebut.

IBS yang juga dikenali sebagai pra-fabrikasi, adalah alat penting dalam meningkatkan produktiviti pembinaan.

Teknologi tersebut membolehkan komponen bangunan dibuat dalam persekitaran terkawal di luar tapak dan memerlukan sedikit kerja tapak tambahan setelah dipasang.

IBS telah digunakan di beberapa struktur paling ikonik di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya