UOB Malaysia terbit IMTN RM300 juta untuk EXSIM - Utusan Malaysia

UOB Malaysia terbit IMTN RM300 juta untuk EXSIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UOB Malaysia telah mengumumkan ia telah berjaya menetapkan harga dan menempatkan terbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bagi tempoh empat tahun berjumlah RM300 juta pada kadar keuntungan tetap 5.1 peratus setahun.

Terbitan itu merupakan tranche ketiga Program Sukuk Musharakah (Program Sukuk) EXSIM bernilai RM2 bilion yang mengewangkan pendapatan masa depan pembangunan kediaman hijau pemaju hartanah ini di Lembah Klang.

UOB Malaysia adalah Pengatur Utama dan Pengurus Utama bagi terbitan IMTN ini, yang menerima penarafan AA3/Stable oleh RAM Rating Services Bhd..

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, pihaknya berbangga untuk menyokong usaha penjanaan modal bagi EXSIM sekali lagi.

“Bank komited membantu syarikat memacu agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam membangunkan projek hijau dan mampan untuk pembeli rumah selain membantu dalam peralihan negara ke ekonomi neutral karbon.

“Sokongan kami kepada EXSIM adalah sebahagian daripada penyelesaian pembiayaan yang disediakan di bawah Rangka Kerja Kewangan Mampan UOB untuk Pemaju dan Pemilik Bangunan Hijau dan juga Rangka Kerja Kewangan Mampan Bandar Pintar UOB.

“Kedua-dua rangka kerja itu dibangunkan untuk membantu lebih banyak syarikat Asia memajukan perniagaan secara bertanggungjawab, sambil mengurangkan jejak karbon mereka,” katanya dalam kenyataan.

Program Sukuk ini, yang ditubuhkan pada 2019, telah distrukturkan oleh NewParadigm Markets Capital Sdn. Bhd. melalui syarikat tujuan khas EXSIM Capital Resources Berhad.

Di bawah Program ini, terbitan IMTN tersebut juga disokong oleh Kertas Komersial Islam berjumlah RM75 juta, ditaja jamin sepenuhnya oleh UOB Malaysia bagi memenuhi keperluan kecairan IMTN.

Di samping itu, UOB Malaysia berjaya menetapkan harga dan menempatkan terbitan IMTN kedua EXSIM di bawah Program Sukuk pada Jun 2021 untuk mengewangkan pendapatan masa depan Syarikat bagi dua lagi pembangunan kediaman mampan di Lembah Klang.

“Keupayaan untuk melengkapkan dua terbitan IMTN yang cukup besar di bawah Program Sukuk dalam tempoh kurang daripada 12 bulan jelas menunjukkan keupayaan UOB Malaysia dalam pembiayaan mampan dan pasaran modal Islam.

“Kami berbesar hati dengan permintaan yang semakin meningkat di kalangan pelabur untuk instrumen hutang yang berkaitan dengan pembangunan mampan, seperti bangunan hijau, kerana ini akan mendorong lebih banyak syarikat untuk memberi pertimbangan terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam amalan perniagaan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya