KUALA TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan struktur empangan di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir adalah selamat untuk beroperasi semula susulan bencana banjir yang melanda baru-baru ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir. Baharin Din berkata, penduduk setempat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian mereka kerana penilaian terkini mendapati struktur empangan berkenaan kekal kukuh. Katanya, ketika ini kerja-kerja mitigasi akibat runtuhan cerun-cerun di sekitar empangan giat dilaksanakan di samping proses membersihkan kawasan tanah runtuh yang menghalang laluan darat ke stesen berkenaan. “Walaupun operasi SJSM ditutup sementara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya