NEW YORK: Google akan mula membenarkan beberapa aplikasi mengebil pengguna secara langsung sebagai alternatif kepada pembayaran melalui Google,
Ini adalah satu penyelesaian di tengah-tengah kebimbangan pelanggan yang semakin meningkat terhadap yuran kedai aplikasi.
Sistem baharu yang dirangka Google sebagai percubaan itu akan bermula dengan penstriman gergasi Spotify Technology SA.
Naib Presiden Google, Sameer Samat berkata, jika pengguna memilih untuk membayar Spotify secara terus dan bukannya menggunakan sistem pengebilan Google, Spotify tidak perlu memberikan bayaran keseluruhan 15 peratus kepada Google.
“Ini adalah peristiwa penting dan yang pertama di mana-mana gedung aplikasi utama sama ada pada telefon pintar, komputer atau konsol permainan.
“Google akan berkongsi lebih banyak dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.
Kedua-dua Google dan Apple Inc. telah menghadapi tekanan daripada tindakan undang-undang kerana ‘memaksa’ pembuat aplikasi menggunakan sistem pembayaran mereka.
Google mengambil komisen 30 peratus untuk kebanyakan pembelian dan langganan kedai aplikasi, tetapi telah menurunkan yuran dalam beberapa tahun kebelakangan ini kepada 15 peratus untuk penyedia media seperti Spotify.
Spotify ialah satu daripada beberapa syarikat yang mengadu tentang ketidakupayaan untuk menggunakan sistem pengebilan mereka sendiri di kedai aplikasi mudah alih.
Di Korea Selatan, Google terpaksa menyediakan sistem pengebilan alternatif selepas tindakan kawal selia. Dalam pasaran itu, Google berkata ia mengurangkan yuran pembuat aplikasi sebanyak empat peratus.
Tahun lalu, pengguna membelanjakan AS$133 bilion untuk aplikasi, dua pertiga daripadanya menerusi platform Apple, dan Spotify telah dilanggan hampir satu bilion kali daripada gedung Google Play.
Langkah itu tidak mungkin mendorong Apple untuk membuat perubahan serupa. Lebih penting lagi, pembuat iPhone tahun lepas berkata ia akan membenarkan aplikasi media, termasuk aplikasi muzik seperti Spotify untuk memautkan pengguna ke web untuk menyelesaikan pembayaran, sekali gus memintas bayaran Apple sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, penyelesaian itu tidak akan membenarkan Spotify membina sistem pembayaran build-in dalam aplikasi mereka kerana kini dibenarkan pada Android.
Epic Games Inc., pembuat Fortnite, telah menyaman Apple atas pemotongan yang diambil daripada transaksi App Store.
Pada Julai, lebih 30 negeri menyaman Google, mendakwa syarikat itu menyalahgunakan kuasanya secara haram ke atas industri aplikasi melalui gedung Google Play pada peranti mudah alih.
Negeri-negeri tersebut menggelarkan komisen 30 peratus itu sebagai “mewah” dalam aduan itu. – AGENSI