SkyWorld lancar platform e-dagang - Utusan Malaysia

SkyWorld lancar platform e-dagang

KETUA Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng (tengah) bersama Ketua Advokasi Pelanggan SkyWorld, Christy Yeap (kiri) dan Ketua Komunikasi Jenama SkyWorld, Leonard Tan pada majlis pelancaran aplikasi Solution+, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemaju hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) melancarkan aplikasi mudah alih baharu, Solution Plus (Solution+), ekosistem dan platform e-dagang pertama di Malaysia yang menghubungkan pemilik rumah SkyWorld dan peniaga.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, Solution+ dihasilkan bagi menangani isu seperti cadangan dan perbandingan harga untuk perkhidmatan reka bentuk dalaman, pengubahsuaian, perabot dan penyelesaian rumah yang lain dengan kemudahan yang ditawarkan hanya di hujung jari.

“Pemilik rumah SkyWorld dapat menikmati penjimatan hebat dan pakej istimewa daripada rakan kongsi penyelesaian rumah pilihan kami.

“Ini juga akan memendekkan masa penghantaran, sekali gus memudahkan proses membeli-belah pada bila-bila masa, di mana sahaja.

“Platform ini juga bertindak sebagai tempat pasaran kreatif untuk rakan kongsi kami mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Chee Seng turut memaklumkan, projek perumahan SkyMeridien Residences berjaya disiapkan tepat pada masanya walaupun di tengah-tengah pandemik.

Menurutnya, kediaman tersebut sudah diserahkan kepada pemilik masing-masing bermula Sabtu lalu.

“Projek apartmen perkhidmatan ini sesuai untuk penduduk kota yang bercita-cita mencari keseimbangan dalam kerja dan kehidupan.

“Kami positif pemilik rumah SkyMeridien akan kagum dengan kemudahan, mutu kerja yang berkualiti dan pelaburan yang dibuat untuk membeli rumah ini.

“Berpegang teguh dengan konsep ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik,’ SkyMeridien adalah bangunan hijau diperakui yang direka bentuk untuk menjimatkan tenaga dan sumber,” ujarnya.

Beliau berkata, projek itu juga dilengkapi dengan Sistem Pengumpulan Sisa Automatik (AWCS) bagi menggalakkan persekitaran yang lebih bersih.

“Dengan mengambil kira inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), pengudaraan silang maksimum, keselesaan terma dan analisis cahaya siang diambil kira semasa mereka bentuk lobi, koridor biasa dan unit kediaman,” katanya.

SkyMeridien turut sesuai dijadikan destinasi percutian keluarga dengan 32 kemudahan berinspirasikan resort termasuk kolam renang, gimnasium, bilik permainan arked, ruang istirahat dan kerja, pelbagai kemudahan sukan seperti ‘rock climbing’ serta gelanggang bola keranjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya