Petronas menang bidaan Blok Ketapang Utara di Indonesia - Utusan Malaysia

Petronas menang bidaan Blok Ketapang Utara di Indonesia

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak syarikat Petronas, PC Ketapang II Ltd. telah memenangi blok Ketapang Utara yang terletak di pesisir pantai dan luar pesisir Jawa Timur, Indonesia semasa pusingan kedua Pusingan Tawaran Petroleum Indonesia 2021.

Keputusan itu diumumkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, hari ini.

Berikutan kejayaan bidaan ini, Petronas akan beroperasi dan memegang 100 peratus ekuiti di blok seluas 3,131.8 kilometer persegi dengan kedalaman air sehingga 100 meter di bawah paras laut.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli berkata, pihaknya gembira dengan keputusan pusingan bidaan kerana blok Ketapang Utara terletak di blok bersebelahan di mana penemuan yang menggalakkan telah dibuat tahun lepas.

“Dengan sokongan kerajaan Indonesia, kami akan terus mengukuhkan usaha huluan kami ke arah membuka nilai lebih besar yang menyumbang kepada pembangunan industri tenaga Indonesia. 

“Sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian yang progresif, Petronas komited untuk menyampaikan bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai ke Indonesia,” katanya dalam kenyataan.

Petronas juga merupakan pengendali bagi Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Ketapang dan PSC Madura Utara II di luar pesisir Jawa Timur dan merupakan rakan usaha sama dalam enam PSC yang terletak di dalam dan luar pesisir Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur, serta Indonesia Timur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya