Petronas Hydrogen, ENEOS laksana projek komersial penukaran hidrogen ke MCH - Utusan Malaysia

Petronas Hydrogen, ENEOS laksana projek komersial penukaran hidrogen ke MCH

KEMUDAHAN itu diunjurkan mempunyai jumlah pengeluaran hidrogen dan kapasiti penukaran sehingga 50,000 tan setahun menjelang 2027 untuk eksport dalam bentuk MCH ke Jepun. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas Hydrogen Sdn. Bhd. dan ENEOS Corporation (ENEOS) telah menandatangani Perjanjian Kajian Kebolehlaksanaan Bersama (JFSA) untuk memajukan kajian projek pengeluaran dan penukaran hidrogen komersial di Kerteh, Terengganu.

Menerusi perjanjian itu, kedua-dua pihak akan meneruskan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial terperinci untuk pengeluaran hidrogen karbon rendah daripada kemudahan sedia ada Petronas, pengeluaran hidrogen hijau daripada elektroliser berkuasa hidro baharu dan penukaran hidrogen kepada metilsikloheksana (MCH).

Perjanjian itu adalah sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) jangka panjang yang ditandatangani pada Ogos lalu untuk pembangunan rantaian bekalan hidrogen bersih antara Malaysia dan Jepun.

Menurut Petronas, kemudahan itu diunjurkan mempunyai jumlah pengeluaran hidrogen dan kapasiti penukaran sehingga 50,000 tan setahun menjelang 2027 untuk eksport dalam bentuk MCH ke Jepun, di mana hidrogen itu akan diagihkan kepada industri Jepun melalui kilang penapisan ENEOS.

“Setelah dimulakan, projek itu berpotensi menjadi usaha hidrogen-ke-MCH skala komersial yang pertama di dunia. Keputusan Pelaburan Terakhirnya dijangka pada akhir 2023.

“Melalui ENOS, projek hidrogen-ke-MCH itu telah dipilih sebagai satu daripada projek Dana Inovasi Hijau oleh kerajaan Jepun. 

“Ia membuktikan daya maju dan daya saing projek tersebut yang merupakan aspek kritikal dalam pembangunan hidrogen bersih yang baharu dalam rantaian bekalan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Pembiayaan sebanyak ¥2.0 trilion diperkenalkan untuk menyokong penyelidikan hijau dan projek pembangunan serta pembangunan kemudahan untuk memacu cita-cita Jepun dalam penyahkarbonan, termasuk mencapai sasaran hidrogen bersih sebanyak tiga juta tan setahun menjelang 2030.

Seiring dengan projek itu dan sebahagian daripada skop kerjasama di bawah MoU tersebut, Petronas dan ENEOS sedang meneroka projek hidrogen lain dan peluang teknologi, di dalam negara dan antarabangsa.

Kerjasama itu bertujuan untuk membangunkan rantaian bekalan hidrogen yang kompetitif yang merupakan elemen penting untuk agenda penyahkarbonan kedua-dua pihak.

Petronas akan terus mengukuhkan kedudukannya dalam hidrogen berikutan usahanya ke dalam ruang ini pada hujung 2020 lalu.

Sejak itu, kumpulan telah memeterai beberapa perkongsian strategik dengan pemain antarabangsa dan domestik untuk mengembangkan keupayaan pengeluaran hidrogen dan rangkaian penghantarannya meliputi hidrogen rendah karbon dan hijau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya