New Zealand buka sempadan lebih awal, tingkat ekonomi - Utusan Malaysia

New Zealand buka sempadan lebih awal, tingkat ekonomi

NEW ZEALAND buka sempadan lebih awal bagi memacu ekonomi menerusi sektor pelancongan. - GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: New Zealand akan membuka sempadannya untuk beberapa pelawat lebih awal daripada yang dirancang sebelum ini, dengan harapan kemasukan pelancong akan meningkatkan ekonomi.

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata, warga Australia yang telah divaksin boleh berkunjung ke New Zealand mulai 12 April.

“Pelancong dari negara-negara pengecualian visa seperti Amerika Syarikat dan Britain akan dapat memasuki New Zealand mulai 1 Mei,” katanya pada sidang akhbar.

Sempadan negara itu sebelum ini dijangka tidak akan dibuka semula sepenuhnya sehingga Oktober, namun perancangan tersebut telah diawalkan.

Semua pelawat mesti diberi vaksin dan menunjukkan keputusan ujian negatif Covid-19 sebelum berlepas, seterusnya akan diuji semasa ketibaan dan pada hari keenam mereka di New Zealand.

Bagaimanapun, mereka tidak perlu mengasingkan diri.

“Penutupan sempadan kami adalah salah satu tindakan pertama yang diambil untuk menghentikan Covid-19, lebih dua tahun lalu dan pembukaan semulanya akan merangsang pemulihan ekonomi kami sepanjang baki tahun ini,” kata Jacinda.

Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand AIR.NZ Greg Foran berkata, langkah itu akan membantu pengendali pelancongan kembali ke tahap terbaik dan mereka amat mengalu-alukan pelawat antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya