MR. DOLLAR sasar buka 15 cawangan tahun ini - Utusan Malaysia

MR. DOLLAR sasar buka 15 cawangan tahun ini

KETUA Pemasaran Mr DIY Trading Sdn Bhd, Alex Goh (tengah) bergambar bersama kakitangan kedai serbaneka Mr Dollar cawangan The Mines ketika sesi tinjauan bersama media di Kedai Serbaneka Mr Dollar, The Mines, semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MR D.I.Y Group (M) Berhad, yang telah memperkenalkan MR. DOLLAR, sebuah kedai menawarkan barangan makanan, minuman dan keperluan harian sejak Ogos 2020, merancang untuk membuka 10 hingga 15 kedai cawangan baharu di seluruh negara tahun ini.

Ketua pemasaran MR D.I.Y Group, Alex Goh berkata, secara purata, pihaknya akan membuka sekurang-kurangnya satu kedai setiap bulan bagi tujuan membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga yang berpatutan.

“Kami berharap MR. DOLLAR, yang kini mempunyai 54 cawangan dengan lebih 14,000 barangan yang ditawarkan boleh membantu rakyat Malaysia membeli barang keperluan dengan harga mampu milik pada waktu yang sukar ini.

“Walaupun jenama tersebut baru dilancarkan pada Ogos 2020, kami mampu bergerak pantas di sebalik situasi ekonomi semasa disebabkan model perniagaan harga tetap yang ditawarkan pada RM2 dan RM5.

“Harga kami akan tetap dan kekal sama walaupun banyak industri lain menaikkan harga. Itu merupakan kekuatan Mr. DOLLAR,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Menurut Alex, pihaknya akan fokus kepada membuka cawangan MR. DOLLAR di Malaysia terlebih dahulu sebelum melebarkan sayap ke luar negara memandangkan rakyat Malaysia masih menghadapi tekanan dan beban berbelanja untuk keperluan harian berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

“Kos pengangkutan, kekurangan tenaga kerja dan krisis antara Rusia dan Ukraine telah membuatkan harga minyak melambung tinggi. Semua itu memberi kesan kepada harga barangan dan tidak dinafikan banyak peruncit lain terpaksa menaikkan harga untuk meneruskan kelangsungan perniagaan.

“Bagaimanapun, MR. DOLLAR akan berusaha untuk bertahan dan tidak menaikkan harga barangan tanpa menjejaskan kualiti kerana fokus kami adalah untuk membantu rakyat,” ujarnya.

Alex memberitahu, pihaknya akan terus menawarkan produk berdasarkan permintaan pelanggan dan juga barang berjenama terkenal seperti Nestle, Maggi, Oreo dan Coca Cola.

Jelasnya, jenama tersebut turut menawarkan produk bakeri, makanan sejuk beku, keperluan rumah, perkakasan, alat tulis, mainan dan alat sukan berharga RM2 atau RM5.

“Selain itu, kami juga menawarkan keperluan perlindungan diri seperti pelitup muka, pembersih tangan, pelindung muka, pembasmi kuman dan kit ujian Covid-19 pada harga yang rendah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya