LKE Hydroponic Farm tarikan ekopelancongan baharu - Utusan Malaysia

LKE Hydroponic Farm tarikan ekopelancongan baharu

LKE Hydroponic Farm berpotensi menjadi tarikan ekopelancongan yang sesuai bagi para pelancong menikmati pengalaman pertanian masa depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: LKE Group Sdn. Bhd. melancarkan LKE Hydroponic Farm sebagai kebun pelancongan eko pertama di Bentong, Pahang yang memanfaatkan sistem hidroponik secara efektif untuk penghasilan tanaman segar demi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn. Bhd., Jeremy Chin berkata, walaupun berdepan kesukaran akibat pandemik, kini pihaknya bersedia menjemput para pengunjung dari seluruh dunia apabila Malaysia membuka pintu sempadan nanti. 

“Kerja-kerja yang kami jalankan di sini adalah penting untuk pertumbuhan industri pertanian di Malaysia, juga untuk ekosistem bumi. 

“Jadi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain-pemain industri untuk menggunakan amalan-amalan inovatif yang mampu meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk hasil yang lebih baik, berdasarkan pendekatan saintifik. 

“Dengan itu, ekonomi Malaysia akan berkembang secara signifikan dan kita lebih dekat untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.

Ditubuhkan sebagai sebuah fasiliti persendirian sejak tiga tahun lalu, LKE Hydroponic Farm seluas 1.5 ekar merupakan sebahagian daripada 200 ekar yang dimiliki oleh LKE Group Sdn. Bhd. termasuk LKE Musang Queen, LKE Hydroponic Farm, LKE Bio Ginger Farm, LKE Swiflet Farming, LKE Palm Oil Plantation dan LKE Natural Rubber. 

Kebun hidroponik ini menggunakan teknik penanaman tanpa tanah untuk menghasilkan tanaman dengan kaedah yang lebih mesra alam.

Sistem hidroponik menggunakan air sebagai asas untuk bercucuk tanam, namun ianya menggunakan kurang dari 80 hingga 90 peratus air berbanding dengan kaedah penanaman tradisional. 

LKE Hydroponic Farm juga menjadi tarikan ekopelancongan yang sesuai kepada pelancong tempatan dan antarabangsa untuk menikmati pengalaman pertanian masa depan dan mendidik kanak-kanak tentang amalan-amalan kelestarian untuk menjaga bumi. 

Para pengunjung akan membuat lawatan di seluruh fasiliti sambil dibawa oleh atendan yang terlatih, supaya maklumat-maklumat tentang sistem hidroponik dapat disampaikan secara menyeluruh. 

Selain itu, para pengunjung juga dapat menikmati pelbagai hidangan istimewa yang disediakan daripada hasil tanaman kebun tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya