BENGALURU: Harga logam perindustrian meningkat, dengan harga nikel melonjak lebih 19 peratus berikutan konflik yang semakin memuncak di Ukraine dan sekatan ke atas Rusia membawa kepada kebimbangan gangguan bekalan. Nikel di London Metal Exchange melonjak 17 peratus kepada AS$33,820 (RM141,316.87) satu tan selepas mencapai paras tertinggi sejak Mac 2008 pada AS$34,120 (RM142,570.42). Kontrak April nikel yang paling banyak diniagakan di Bursa Hadapan Shanghai melonjak 11.4 peratus kepada 209,910 yuan (AS$33,191.03) satu tan. Harga mencecah rekod tertinggi 210,650 yuan pada awal sesi, lapor Reuters. Penanda aras aluminium pada LME meningkat kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya