PETALING JAYA: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan keuntungan daripada operasi berjumlah RM670 juta pada 2021, lebih rendah berbanding RM2.9 bilion yang diperoleh pada 2020. Penyusutan keuntungan itu antaranya disebabkan bantuan kewangan berterusan yang disalurkan kepada syarikat-syarikat dalam sektor penerbangan dan pelancongan miliknya yang berhadapan dengan cabaran akibat pandemik Covid-19. Selain itu, perolehan nilai saksama lebih rendah serta pendapatan dividen lebih kecil daripada syarikat pelaburannya akibat pendapatan yang lemah pada 2020 turut menyumbang kepada penyusutan tersebut. Sayap pelaburan kerajaan itu mencatat Nilai aset bersih (NAV) RM86 bilion bagi 2021, lebih tinggi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya