Kempen Spring of Change dapat sambutan - Utusan Malaysia

Kempen Spring of Change dapat sambutan

SATU siri acara hibrid dan maya telah diwujudkan untuk menyambut kembali suasana Tahun Baharu Cina di Kota Elmina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen Spring of Change anjuran Sime Darby Property Berhad mencatatkan petunjuk kukuh yang membolehkan syarikat mencapai lebih 14,000 tempahan jualan untuk produk dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM197 juta.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan Harta Sime Darby, Datuk Lai Shu Wei berkata, pihaknya melancarkan kempen tersebut dari 14 Januari hingga 28 Februari selepas kempen Spotlight 8 2021 yang berjaya memperoleh jualan berjumlah RM1.8 bilion. 

Ujarnya, selain fokus jualan produk semasa kempen ini, pihaknya juga mengambil peluang untuk berhubung dengan pembeli rumah, penduduk perbandaran dan masyarakat.

“Kami tahu orang ramai sangat merindui tarian singa dan persembahan yang selalu dilakukan sebelum pandemik, jadi kami mencipta satu siri acara hibrid dan maya untuk menyambut kembali suasana Tahun Baharu Cina. 

“Penduduk dan komuniti kami dapat mengikuti persembahan yang diadakan di tujuh perbandaran yang berbeza, yang mana empat daripadanya disiarkan secara maya,” katanya dalam kenyataan.

Penggunaan platform maya Facebook Live syarikat mencapai lebih 640,000 tontonan yang diperoleh merentasi empat acara kempen di Kota Elmina, Pusat Bandar Subang Jaya (SJCC), Serenia Bandar dan Bandar Ainsdale. 

Penonton dihidangkan dengan tarian singa dan persembahan gendang perayaan, acara cabutan bertuah dan aktiviti dalam talian lain yang menarik. 

Di City of Elmina, acara fizikal dan secara maya dianjurkan untuk melibatkan diri dengan bakal pembeli rumah melalui lawatan maya pertama Sime Darby untuk Ilham Residence.

Shu Wei memberitahu, pihaknya akan terus memberi tumpuan menyediakan kemudahan pengalaman digital kepada pembeli rumah yang berpotensi.

“Penyelesaian dalam talian kami termasuk galeri jualan maya membolehkan pelanggan untuk menyemak imbas melalui penawaran produk kami, serta sistem tempahan dalam talian untuk membolehkan mereka menyelesaikan pembelian mereka,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya