PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi berpendapat, pemberian subsidi bahan api perlu dikekalkan meskipun harga minyak mentah global sedang mengalami lonjakan ke paras tertinggi berikutan konflik Rusia-Ukraine. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berpendapat, langkah itu perlu bagi mengekang kenaikan inflasi di dalam negara. “Jika dilihat, setakat ini, hanya minyak RON95 dan diesel yang menerima subsidi manakala RON97 telah diapungkan mengikut harga semasa. “Subsidi itu wajar dikekalkan kerana jika ia dihenti atau dikurangkan, kesan lebih besar adalah inflasi yang bakal melanda. “Seperti yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya