PETALING JAYA: Jualan pengeluar kereta nasional, Proton yang terjejas akibat banjir sebelum ini kembali pulih pada bulan lalu dengan merekodkan peningkatan sebanyak 107 peratus atau 9,225 unit di peringkat domestik dan eksport. Ia membolehkan Proton mendapatkan semula kedudukan kedua dalam pasaran dan meletakkannya kembali di landasan untuk memulihkan kehilangan jualan sebelum ini. Proton menguasai 20.2 peratus pasaran jualan kenderaan domestik bulan lalu, manakala untuk dua bulan pertama tahun ini ia memegang 15.9 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, keupayaan syarikat untuk mengeluarkan lebih banyak kereta adalah punca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya