PETALING JAYA: Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari lalu meningkat 2.2 peratus kepada 125.2 berbanding 122.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kenaikan itu melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga Februari 2022, sebanyak 1.9 peratus. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi didorong terutamanya oleh kenaikan dalam kumpulan pengangkutan sebanyak 3.9 peratus dan makanan dan minuman bukan alkohol (3.7 peratus). “Ia diikuti oleh kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.2 peratus), restoran dan hotel (2.6 peratus) dan perkhidmatan rekreasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya