Harga arang batu boleh cecah AS$500 satu tan - Utusan Malaysia

Harga arang batu boleh cecah AS$500 satu tan

HARGA arang batu boleh mencecah sehingga AS$500 satu tan berikutan kadar permintaan dan bekalan yang tidak selari. – GAMBAR HIASAN/AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika seluruh dunia tertumpu kepada lonjakan harga minyak, gas dan nikel, harga arang batu dunia juga mengalami keadaan serupa dan mungkin boleh mencecah sehingga AS$500 (RM2,096.50) tahun ini.

Harga arang batu melonjak kepada AS$462 (RM1,937.17) satu tan pada Khamis, meningkat daripada AS$185 (RM775.70) pada 23 Februari lalu, menurut laporan portal tenaga, Oilprice.com.

Menurut syarikat penyelidikan tenaga bebas dan perniagaan, Rystad Energy VP arang batu Steve Hulton yang berpangkalan di Norway, bekalan arang terma kini menghampiri paras bahaya dan mungkin tiada lebihan yang tersedia di seluruh dunia.

“Harganya telah melepasi AS$400 (RM1,677.20) dan paras AS$500 setiap tan nampaknya mungkin akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Oilprice.com memberitahu, jika sekatan ke atas perdagangan arang batu dengan Rusia berlaku atau terdapat gangguan fizikal pada pengangkutan rel atau pelabuhan Rusia, harganya tidak akan mempunyai had.

Ujarnya, pengeluar dan peniaga juga melaporkan pembeli sudah mula beralih daripada arang batu Rusia di pasaran Atlantik dan Pasifik.

“Ancaman permintaan tambahan dan kekurangan bekalan yang tersedia sedang menggerakkan pasaran.

“Poland adalah pengeluar arang batu terbesar di Eropah dan kira-kira 70 peratus daripada jumlah penjanaan tenaga diperoleh adalah daripada arang batu.

“Pengeluaran arang batu Poland meningkat sedikit pada 2021 dengan negara itu mengeluarkan 52 juta tan lignit (arang batu coklat), naik 13 peratus tahun ke tahun, dan 55 juta tan arang batu keras turut meningkat 1.0 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, trend pengeluaran jangka panjang sedang menurun dan sementara Poland mengeksport beberapa arang batu terma dan kok ke negara jiran Eropah, ia juga telah mengimport arang batu haba tenaga tinggi dari Rusia kerana ia secara amnya lebih murah daripada pengeluaran tempatan dari lombong bawah tanah.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak memberi amaran harga minyak mentah boleh mencecah lebih AS$300 (RM1,254.18) sekiranya Barat meneruskan tindakan menyekat eksport minyak negara itu.

Amaran itu disuarakan apabila Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mengharamkan import minyak Rusia, sebagai tindakan balas daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, baru-baru ini.

Rusia mengeksport kira-kira tujuh juta tong produk mentah dan minyak diproses sehari, bersamaan tujuh peratus bekalan global. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya