Grab, Sedania tawar pembiayaan patuh syariah - Utusan Malaysia

Grab, Sedania tawar pembiayaan patuh syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Grab Financial Group (CFG) Malaysia dan dengan kerjasama anak syarikat fintech Sedania Innovator Berhad, Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. menawarkan Grab Cash Financing-i, produk pembiayaan patuh syariah kepada rakan pemandu dan rakan penghantar Grab.

Grab Cash Financing-i bermatlamat untuk menyediakan akses aliran tunai yang mudah dan selamat kepada rakan pemandu dan rakan penghantar Grab, supaya mereka boleh menangani keperluan isi rumah dan kewangan dengan lebih mudah.

Pilihan pembiayaan itu mengurangkan halangan kepada pembiayaan mikro yang kebiasaannya sukar diperolehi untuk individu di bawah paras pendapatan tertentu dan tidak mempunyai sejarah kredit yang formal.

Penyelesaian terbabit dijayakan menerusi Program Pembiayaan GoHalal (GHP) SASC yang memastikan aktiviti dan operasi pembiayaan mematuhi prinsip dan amalan syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital, Nisa Ismail berkata, pembiayaan penyediaan pembiayaan mikro kepada rakyat Malaysia adalah penting dan menjadi keutamaan agar produk dan platform terlibat mematuhi syariah untuk memastikan ketelusan dalam syarat yang dikenakan kepada pelanggan yang memanfaatkan kemudahan tersebut.

“GHP dibangunkan dengan matlamat untuk mempercepatkan pendigital agar meletakkan pembiayaan syariah pada kedudukan yang strategik untuk menyokong ekonomi hari ini dan masa depan.

“Dalam tempoh mencabar ini, adalah penting untuk setiap rakyat Malaysia supaya mendapatkan sokongan dan akses mudah untuk perkhidmatan dan bantuan kewangan yang mendukung kemajuan kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Di bawah program itu, rakan pemandu dan penghantar yang layak akan menerima maklumat program bersama pautan untuk memudahkan proses permohonan, tanpa memerlukan sebarang dokumen dan cagaran.

Produk tersebut ditawarkan kepada mereka yang berusia di bawah 75 tahun dengan pendapatan minimum RM800 sebulan sebagai rakan pemandu atau penghantar Grab.

Pembayaran automatik dilakukan secara terus daripada pendapatan harian rakan pemandu atau penghantar bagu memudahkan urusan pembiayaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya