Felda lancar Sistem Pengurusan Ladang Pintar - Utusan Malaysia

Felda lancar Sistem Pengurusan Ladang Pintar

ABD. HALIM (lima,kanan) menunjukkan buku Kit Panduan Mekanisme Perladangan Felda pada Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Ladang Felda (SPMS) sempena Hari Teknologi Felda 2022 (Feltech 2022) di sini, semalam. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melancarkan Sistem Pengurusan Ladang Pintar atau Smart Plantation Management Solutions (SPMS) sebagai satu daripada tunjang memperkasa pengurusan ladang peneroka Felda dengan asimilasi teknologi dan konsep perladangan pintar.

SPMS merupakan sistem yang dibangunkan dengan capaian data menggunakan teknologi pesawat udara tanpa pemandu (UAV) atau dron bagi model pertanian pintar.

Ia untuk merealisasikan konsep pertanian jitu atau pertanian digital yang dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kecekapan serta mengurangkan kos operasi ladang. 

Dalam masa sama, SPMS ini juga diintegrasikan dengan sistem Sistem Maklumat Geografi (e-GIS) Felda sedia ada yang boleh digunakan bagi analisis kawasan, dirian pokok, status kesihatan pokok, kawasan kosong, penggunaan buruh dan juga anggaran hasil bagi ladang peneroka.

Ahli Lembaga Felda, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Felda pada penganjuran Hari Teknologi Felda 2022 (FELTECH 2022), Abd. Halim Abd. Majid berkata, dengan wujudnya sistem tersebut akan mengubah cara kerja Felda untuk lebih ke arah teknologi dan mekanisasi.

“Selain itu, sistem ini juga memberikan penyelesaian pertanian secara digital dalam melaksanakan pertanian persis precision farming atau precision agriculture khususnya dalam inventori perladangan,” katanya dalam ucapan perasmian, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar. 

Sementara itu, seramai 1,800 peserta terdiri daripada warga Felda menghadiri program FELTECH 2022 yang diadakan selama dua hari bermula hari ini. 

Ia julung kali diadakan sebagai salah satu iNisiatif proaktif bagi menggalakkan penerimagunaan teknologi dan mekanisasi ladang di semua rancangan Felda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya