SEREMBAN: Syarikat pengeluar simen kedua terbesar di negara ini, Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) bakal membuat pelaburan berjumlah RM120 juta bagi membangunkan sistem pemulihan haba sisa di kilangnya yang terletak di Bahau, Jempol, Negeri Sembilan. Pengarah Urusannya, Sharuddin Omar Hashim berkata, sistem teknologi hijau tersebut dijangka siap menjelang tahun 2024 dan berdasarkan unjuran pihaknya, ia bakal menjimatkan kira-kira 30 peratus penggunaan elektrik. Selain itu kata beliau, sistem berkenaan juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 24 peratus setiap tahun di kilang tersebut. “Untuk CIMA ini adalah kali pertama kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya