Cagamas muktamad harga bon, sukuk RM1.3 bilion - Utusan Malaysia

Cagamas muktamad harga bon, sukuk RM1.3 bilion

cagamas
CHUNG CHEE LEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cagamas Bhd. mengumumkan penetapan harga bon dan sukuk bernilai RM1.3 bilion, dalam situasi pasaran yang suram berikutan kebanyakan pelabur masih tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat.

Perbadanan gadai janji nasional itu menjelaskan, hasil daripada terbitan itu akan digunakan untuk mendanai pembelian aset kemampanan yang layak, pinjaman perumahan dan pembiayaan rumah daripada sistem kewangan domestik.

Bon dan sukuk itu meliputi Sukuk Pelaburan Kemampanan dan Bertanggungjawab (SRI) ASEAN berjangka tiga tahun bernilai RM200 juta, Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) berjangka dua tahun bernilai RM330 juta.

Selain itu, CMTN Islam bertempoh dua tahun pada RM200 juta, Kertas Komersial Konvensional tiga bulan RM300 juta dan Nota Jangka Sederhana (MTN) euro berkadar tetap dua tahun bernilai SGD100 juta.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Datuk Chung Chee Leong berkata, CMTN ditetapkan harga menerusi proses penetapan harga berdasarkan penilaian terhadap permintaan pelabur manakala terbitan lain dimuktamadkan melalui tawaran persendirian.

“Kejayaan penetapan harga bagi terbitan itu menandakan bahawa kertas-kertas Cagamas kekal berdaya tahan walaupun berlaku ketidaktentuan dalam pasaran.

“Terbitan terbhaaru itu menjadikan terbitan agregat Cagamas bagi tahun ini sehingga kini berjumlah RM4.3 bilion,” katanya dalam kenyataan.

Bon dalam denominasi dolar Singapura, yang diterbitkan melalui anak syarikat milik penuhnya, Cagamas Global PLC dijamin sepenuhnya dan tanpa syarat oleh Cagamas.

Terbitan dalam denominasi ringgit yang akan ditebus pada nilai nominal penuh apabila matang, merupakan obligasi tidak bercagar perbadanan itu, pada kedudukan sama rata dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada lain di bawah Cagamas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya