Boost anjur kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan - Utusan Malaysia

Boost anjur kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Boost menghidupkan semangat kesyukuran dengan memastikan rakyat Malaysia dapat menunaikan kewajipan mereka dengan lebih bermakna menerusi pelbagai tawaran menarik dalam kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan, bermula semalam sehingga 31 Mei 2022.

Kempen itu bertujuan membantu rakyat Malaysia berkongsi keberkatan dan rezeki sepanjang bulan, selain membolehkan mereka menikmati penjimatan lebih besar dan ganjaran sehingga 10 kali ganda, termasuk peluang membawa pulang sebuah Perodua Ativa serba baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, rakyat Malaysia telah menunjukkan ketabahan hati mereka menempuhi bulan Ramadan yang amat mencabar dalam tempoh dua tahun lepas.

“Sambil kita berusaha mengharungi tahun ini, kami mahu membolehkan rakyat Malaysia menghayati kemuliaan bulan Ramadan dan menabur budi kepada masyarakat dengan memberi ganjaran kepada pengguna menerusi pelbagai tawaran hebat, pulangan tunai dan hadiah eksklusif dalam kempen Kongsikan KeberkaTEN Ramadan, demi manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, bagi memudahkan rakyat Malaysia menunaikan kewajipan mereka sempena Ramadan, pihaknya telah menyediakan tawaran boleh dimanfaatkan yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna untuk bersiap sedia menghadapi Ramadan.

“Mereka boleh menjimatkan lebih banyak wang, menikmati ganjaran menarik dan menyumbang kepada masyarakat untuk sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat.

“Kami berharap tawaran dalam talian dan di kedai fizikal ini akan memainkan peranan dengan cara tersendiri untuk membantu rakyat Malaysia melangkah maju dengan yakin dan menyambut Ramadan dengan lebih bermakna tahun ini,” katanya.

Menerusi #DoGoodWithBoost, rakyat Malaysia boleh memulakan bulan mulia ini dengan beramal jariah untuk menyantuni masyarakat dan golongan kurang bernasib baik hanya dengan mengetik skrin beberapa kali.

Sumbang terus kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terpilih di https://myboost.app.link/aVECQyzRAob dan Boost akan menyumbang RM1 lagi bagi setiap sumbangan RM10.

Orang ramai juga boleh semak katalog BoostUP Rewards dalam aplikasi Boost untuk menebus Boost Stars dan menyumbang kepada NGO-NGO tersebut.

Selain itu, umat Islam di seluruh negara boleh membayar zakat fitrah dengan mudah dan selamat menerusi ciri eZakat dalam aplikasi Boost dari 3 April hingga 3 Mei.

Boost turut menawarkan Duit Raya RM10 percuma boleh ditebus setiap Jumaat dari jam 12 tengahari hingga 4 petang menerusi Katalog BoostUP Rewards pada 1 April, 8 April, 15 April, 22 April dan 29 April untuk digunakan bagi membeli-belah dalam talian dan luar talian, membayar bil dan banyak lagi.

Boost juga akan memberi ganjaran 100,000 Boost Stars kepada 10 pemenang setiap minggu, dari 1 April hingga 5 Mei. Dapatkan 1 penyertaan untuk setiap RM50 yang dibelanjakan.

Selain menawarkan pelbagai tawaran hebat, tahun ini Boost kembali untuk menganjurkan Bazar Ramadan di seluruh Malaysia sepanjang April 2022 termasuk di Pandan Indah (Kuala Lumpur), Metrocity (Sarawak), Mahkota Square (Pahang) dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, tentang semua tawaran dan diskaun yang disediakan sepanjang bulan, layari https://bit.ly/BoostKeberkaTENRamadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya