Aset rizab rasmi BNM AS$115.76 juta - Utusan Malaysia

Aset rizab rasmi BNM AS$115.76 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$115.76 juta (RM486.71 juta) pada akhir Februari 2022 berdasarkan format Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), aset mata wang asing lain bagi tempoh sama berjumlah AS$133.8 juta (RM562.5 juta).

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing akan matang berjumlah AS$5.59 juta (RM23.50 juta).

“Aliran keluar jangka pendek itu termasuk pembayaran balik berjadual pinjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara.

“Kedudukan jualan hadapan adalah sebanyak AS$8.47 juta (RM35.61 juta) manakala jumlah kedudukan belian hadapan adalah sebanyak AS$130 juta (RM546.58 juta) pada akhir Februari 2022, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya dalam kenyataan.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata, data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

Ujarnya, unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.27 juta (RM9.54 juta) untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$401.8 juta (RM1.68 bilion),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya