RIYADH: Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman berkata, kementeriannya berminat untuk membangunkan reaktor nuklear bermodular kecil dikenali sebagai SMR, yang akan menjana tenaga elektrik ke kawasan terpencil. Beliau berkata, Arab Saudi tidak mencari pembiayaan daripada mana-mana negara untuk membantunya menjayakan pelan peralihan tenaga berkenaan. Katanya, kerajaan akan membangunkan lebih banyak teknologi tempatan untuk mengehadkan risiko kepada bumi. “Masa depan dunia dan masyarakat bukan terletak pada kita menunggu orang lain membina perkara yang patut kita gunakan, tetapi kita membinanya sendiri,” kata beliau ketika berucap pada Kongres Keusahawanan Global (GEC) Riyadh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya