Al-Ikhsan sasar jualan RM2 juta di Kuantan - Utusan Malaysia

Al-Ikhsan sasar jualan RM2 juta di Kuantan

ORANG ramai tidak melepaskan peluang hadir pada program jualan gudang Al-Ikhsan Sports di Berjaya Megamall Kuantan di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Rangkaian gedung barangan sukan, Al-Ikhsan Sports menyasarkan jualan sebanyak RM2 juta pada program jualan gudang dilaksanakan syarikat itu di daerah ini bermula 25 Mac lalu.

Program selama 10 hari sehingga 3 April ini itu diadakan di Berjaya Megamall di sini bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. 

Pengurus Pemasaran Sukan Al-Ikhsan, Abdullah Mohd. Arshad, 41, berkata, sebanyak 50,000 barangan sukan pelbagai jenama dijual dalam jualan berkenaan. 

“Apa yang lebih menarik adalah, potongan harga sehingga 80 peratus,” katanya ketika ditemui di Berjaya Megamall di sini. 

Abdullah berkata, program jualan gudang itu adalah yang pertama dilaksanakan pada tahun ini selepas negara berdepan penularan pandemik Covid-19.

Jelasya, mengikut perancangan syarikat itu, sebanyak tiga jualan gudang akan dilaksanakan pada setiap tahun.

“Ini yang pertama tahun ini bermula di Pantai Timur iaitu di Kuantan. Selepas ini kita akan promosi untuk Hari Raya Aidilfitri pula,” jelasnya. 

Sementara itu, beliau berkata, sejak mula beroperasi pada 1993, Al-Ikhsan kini mempunyai 140 cawangan seluruh negara. 

“Sasaran kita pada tahun ini membuka 36 lagi cawangan seluruh negara dan setiap bulan kita sasarkan tiga cawangan baharu dibuka. Sasaran itu pada ketika ini berjalan lancar walaupun negara berada dalam fasa pemulihan ekoran penularan pandemik Covid-19,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya