PETALING JAYA: AirAsia Malaysia (AirAsia) akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac 2022 untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsa. Menurut syarikat penerbangan itu, pengenalan semula surcaj bahan api adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melangkaui AS$120 (AS$500) setong sekarang. “AirAsia tidak mengenakan sebarang surcaj bahan api sejak memansuhkannya pada 2015,” katanya dalam kenyataan. AirAsia berkata, bermula 8 Mac semua penerbangan domestik akan dikenakan surcaj bahan api sebanyak RM10, sementara bagi laluan antarabangsa pula antara RM25 hingga RM60, bergantung laluan. Jelasnya, surcaj itu akan dikenakan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya