PETALING JAYA: Malaysia tidak gagal dalam menangani isu buruh paksa di negara ini kerana kerajaan telah mengambil tindakan membanteras penderaan buruh melalui Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS), tegas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin. “Kita belum gagal lagi. Kita ambil tindakan. Yang terbaharu, kita dah laksanakan FWCMS di bawah Kementerian Sumber Manusia. “Dengan FWCMS, kita dapat maklumat tentang pekerja sebaik sahaja mereka memasuki sistem FWCMS. Kita boleh tahu bila mereka akan tiba di Malaysia. “Kita akan pastikan isu manipulasi dan penderaan buruh akan dibanteras,” katanya kepada pemberita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya