PETALING JAYA: TDM Berhad merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM81.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, iaitu lapan kali ganda peningkatan daripada yang dicatatkan pada 2020. Pendapatan Kumpulan turut meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM511 juta berbanding tahun sebelumnya hasil daripada pertumbuhan pendapatan daripada bahagian perladangan sebanyak RM46.8 juta atau 19 peratus dan bahagian penjagaan kesihatan sebanyak RM21.3 juta atau 11 peratus. Menurut kenyataan, bagi suku keempat 2021 pula, pendapatan Kumpulan meningkat sebanyak 27 peratus berbanding suku sama 2020, dipacu pendapatan yang lebih tinggi daripada bahagian perladangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya