IIB umum projek mega di Iskandar Puteri.

Projek mega 3,000 ekar di Iskandar Puteri

MAJLIS pertukaran dokumen perjanjian antara Shiya Development Sdn. Bhd. dengan Iskandar Capital di Iskandar Puteri di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Iskandar Investment Berhad (IIB) melalui anak syarikatnya Iskandar Capital Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan projek mega berkeluasan 3,000 ekar di Iskandar Puteri.

Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata, bagi peringkat awal, Iskandar Capital akan membangunkan projek Pembangunan Perumahan Pelbagai Pendapatan (MIH), Wawari yang menelan belanja RM230 juta.

Katanya, projek pembangunan itu yang dibina di tanah berkeluasan 12.9 ekar di plot strategik bersebelahan Kolej Marlborough, di sini akan mula dijalankan pada tahun hadapan secara berperingkat.

“Projek pembangunan ini diluluskan oleh kerajaan negeri tiga tahun lalu namun disebabkan pandemik Covid-19 melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ia ditangguhkan.

“Konsep projek pembangunan Wawari ini cukup unik apabila pembeli B40 dan M40 ditempatkan dalam satu komuniti. Kita hendak mengintegrasikan komuniti yang diharap menjadi model pembangunan di masa depan.

“Untuk peringkat awal, Kita akan membina 1,000 buah rumah yang dijual bermula RM80,000 hingga kira-kira RM300,000. Projek yang menelan kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM230 juta ini dijangka siap pada awal 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Iskandar Capital bersempena Pengumuman Projek Pembangunan Perumahan Pelbagai Pendapatan, di sini semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohammed Ridha Abd. Kadir.

Khairil Anwar berkata, daripada keluasan 3,000 ekar itu, sebanyak 500 ekar akan dikhaskan untuk kawasan paya bakau dan selebihnya adalah untuk projek masa hadapan syarikat.

“Sebagai syarikat yang tidak berhutang, kami mampu untuk membuat projek mengikut keperluan semasa tanpa menjadi penyumbang kepada lambakan hartanah tidak terjual di negeri ini.

“Oleh itu, Kita akan buat secara berperingkat dan mengikut peredaran masa agak projek dibangunkan mendapat tempat di pasaran.

“Sementara menunggu projek yang akan dilaksanakan pada masa hadapan, Kita sewakan tanah sedia Ada ini kepada komuniti untuk membangunkan tanaman seperti Nanas, rock melon dan cili sebagai menjana pendapatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya