PUTRAJAYA: Penduduk Brunei masih mempunyai pilihan menyaksikan siaran televisyen digital terrestrial (DTT) percuma tanpa ada masalah ketika penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar tunggal di negara itu, Kristal Astro mengumumkan penamatan kesemua siarannya bermula 12 tengah malam 1 April depan. Sumber industri penyiaran berkata, format DTT itu dipancarkan terus dari Sarawak sejak lebih lima tahun lalu. “Difahamkan MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. memang sudah maklum dan bersiap sedia beri liputan siaran yang terbaik untuk tontonan warga Brunei,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Notis yang dimuat naik menerusi laman sesawang rasmi syarikat Kristal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya