PETALING JAYA: Kenanga Research mengekalkan pegangan ‘beli dagangan’ pada Malaysia Smelting Corp. Bhd. (MSC) dengan nilai saksama RM5.55 selain menyasarkan syarikat itu mencatat rekod tahun kewangan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. Firma penyelidikan itu berkata, syarikat peleburan timah terbesar di dunia itu sedang mendapat manfaat daripada kenaikan harga komoditi semasa, yang menyaksikan kedua-dua pendapatan dan harga sahamnya meningkat ke paras tertinggi sepanjang masa. Menurutnya, bekalan bijih timah dijangka kekal rendah, terutamanya dari Indonesia, China dan Myanmar, dengan permintaan tinggi yang masih meningkat disebabkan penggunaan seperti dalam segmen kenderaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya